{"id":11608,"date":"2021-03-16T09:19:51","date_gmt":"2021-03-16T01:19:51","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=11608"},"modified":"2021-03-16T09:44:27","modified_gmt":"2021-03-16T01:44:27","slug":"koperasi-sekolah-terap-kemahiran-keusahawaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=11608","title":{"rendered":"Koperasi Sekolah Terap Kemahiran Keusahawaan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Koperasi sekolah merujuk pada koperasi yang ditubuhkan dalam lingkungan sekolah yang mana anggota-anggotanya terdiri daripada para guru dan pelajar sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gerakan koperasi sekolah telah bermula di Malaysia pada tahun 1968.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala di Sarawak pula, gerakan koperasi sekolah pertama bermula dengan pendaftaran Koperasi Sekolah Akademik Limbang Berhad di Limbang pada tahun 1976.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignright size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-1024x687.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11605\" width=\"442\" height=\"296\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-1024x687.jpg 1024w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-600x403.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-300x201.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-768x516.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-1536x1031.jpg 1536w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-150x101.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-696x467.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-1068x717.jpg 1068w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021-626x420.jpg 626w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-01-02-2021.jpg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 442px) 100vw, 442px\" \/><figcaption>Koperasi sekolah SMK Pending Kuching<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Koperasi sekolah telah berkembang hingga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengiktiraf kegiatan koperasi sekolah sebagai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah menengah kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Galakan daripada KPM dalam penubuhan koperasi sekolah juga berupaya membentuk keperibadian dalam kalangan warga sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penubuhan koperasi sekolah yang berlandaskan matlamat, jati diri dan perundangan koperasi berupaya menyediakan persekitaran sosial yang sihat, iaitu melahirkan masyarakat yang sempurna, kreatif, progresif, bertanggungjawab dan berketerampilan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aktiviti koperasi sekolah dianggap unik daripada aktiviti kokurikulum yang lain. Antaranya, ia memberi pengalaman dan pendedahan kemahiran urus niaga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini boleh dilihat melalui tujuan penubuhan koperasi sekolah yang disenaraikan oleh KPM dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Memajukan kepentingan sosioekonomi anggota menurut prinsip koperasi;<\/li><li>Mengamalkan sikap dan amalan berjimat cermat;<\/li><li>Mengamalkan cara hidup masyarakat secara demokratik;<\/li><li>Mengamalkan prinsip berdikari;<\/li><li>Memberi pengalaman mentadbir, mengurus, membuat keputusan dan memimpin khususnya kepada pemimpin-pemimpin koperasi dalam kalangan pelajar;<\/li><li>Menyertai dan mengalami urusan perniagaan; dan<\/li><li>Memberi sokongan kepada sekolah segala usaha yang memberi faedah kepada pelajar.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebanyakan koperasi sekolah menjalankan aktiviti bersifat kepenggunaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merujuk pada Fasal 8, Undang-undang Kecil Seragam Koperasi Sekolah, koperasi bolehlah menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Menjual peralatan persekolahan serta lain-lain keperluan kepada anggota;<\/li><li>Mengadakan aktiviti kelas tambahan atau tuisyen atau kelas komputer untuk faedah kepada anggota;<\/li><li>Membeli, menjual, memindah hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih;<\/li><li>Menyertai usaha sama dan menjadi anggota kepada koperasi lain; dan<\/li><li>Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan mendapat kebenaran pengetua dan kelulusan mesyuarat agung.<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala aktiviti umum koperasi sekolah pula merangkumi aktiviti bercorak ekonomi dan aktiviti bercorak sosial seperti yang disenaraikan dalam Fasal 8 Undang-undang Koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aktiviti ekonomi yang menjadi fokus kebanyakan koperasi sekolah melibatkan aktiviti berdasarkan jualan tunai seperti peralatan dan keperluan pelajar seperti buku tulis, buku rujukan dan alat tulis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Makanan ringan dan minuman juga dijual di kedai koperasi sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau bagaimanapun, pemilihan aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh sesebuah koperasi sekolah bergantung pada modal, keperluan, jenis sekolah dan kerjasama anggota.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pihak pentadbiran dan pengurusan koperasi perlu sentiasa mencari kaedah meningkatkan penglibatan anggota terhadap aktiviti ekonomi koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peranan pihak pentadbir adalah penting dalam kejayaan koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti yang dijalankan oleh koperasi tidak akan berjaya sekiranya anggota yang terdiri daripada kalangan pelajar tidak menyokong aktiviti koperasi dengan sekurang-kurangnya bertindak sebagai pembeli di kedai koperasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada aktiviti jualan, terdapat juga koperasi sekolah yang menjalankan perkhidmatan kantin, kelas komputer dan penyewaan tempat letak kereta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkembangan gerakan koperasi sekolah di Sarawak juga tidak kurang hebatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Data daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 191 buah koperasi sekolah di Sarawak yang terdiri daripada 185,850 orang anggota dengan aset bernilai RM36.7 juta dan perolehan sebanyak RM26.9 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penglibatan pelajar dalam koperasi sekolah melalui bimbingan para guru dalam gerakan koperasi sekolah akan memberikan pelajar pengalaman yang akan diguna pakai apabila mereka menganggotai koperasi lain setelah menamatkan persekolahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, pengalaman berkoperasi di sekolah juga secara langsung dan tidak langsung mendidik para pelajar tentang asas-asas keusahawanan dan perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"720\" height=\"450\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-03-02-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11607\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-03-02-2021.jpg 720w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-03-02-2021-600x375.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-03-02-2021-300x188.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-03-02-2021-150x94.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-03-02-2021-696x435.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/03\/RO-3-03-02-2021-672x420.jpg 672w\" sizes=\"auto, (max-width: 720px) 100vw, 720px\" \/><figcaption>Pengalaman berkoperasi di sekolah mendidik pelajar asas perniagaan dan keusahawanan<\/figcaption><\/figure>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_b6296a274655c' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-11608\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-b6296a274655c'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-b6296a274655c'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='11608'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='26f5bce451'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-b6296a274655c\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"11608\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-b6296a274655c\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-b6296a274655c\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-b6296a274655c\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-b6296a274655c\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-b6296a274655c' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-b6296a274655c' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Data daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 191 buah koperasi sekolah di Sarawak yang terdiri daripada 185,850 orang anggota dengan aset bernilai RM36.7 juta dan perolehan sebanyak RM26.9 juta.<br \/>\nPenglibatan pelajar dalam koperasi sekolah melalui bimbingan para guru dalam Gerakan koperasi sekolah akan memberikan pelajar pengalaman yang akan diguna pakai apabila mereka menganggotai koperasi lain setelah menamatkan persekolahan.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,27],"tags":[3154,3155,2496],"class_list":["post-11608","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-from-rakan-sarawak","category-featured","category-rakan-lensa","tag-kepenggunaan","tag-pelajar","tag-usahawan"],"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-08-05 09:28:34","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11608","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11608"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11608\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11608"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11608"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11608"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}