{"id":11851,"date":"2007-02-01T00:00:00","date_gmt":"2007-02-01T00:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/2007\/02\/01\/bekerja-secara-kolektif\/"},"modified":"2007-02-01T00:00:00","modified_gmt":"2007-02-01T00:00:00","slug":"bekerja-secara-kolektif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=11851","title":{"rendered":"Bekerja Secara Kolektif"},"content":{"rendered":"<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Perdana Menteri<br \/>\nsering kali memberi penekanan terhadap betapa pentingnya prestasi perkhidmatan<br \/>\nawam dipertingkatkan. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Beliau sentiasa<br \/>\nmemberikan ingatan kepada penjawat awam agar berusaha mengurangkan karenah<br \/>\nbirokrasi; membanteras rasuah dan salah guna kuasa; melayani pelanggan dengan<br \/>\ncara berhemah, berbudi-bahasa dan bersopan-santun; mempunyai sikap ingin<br \/>\nmembantu dan menolong; mempercepatkan proses membuat keputusan; serta<br \/>\nmeningkatkan integriti anggota-anggota perkhidmatan.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Sistem<br \/>\npenyampaian perkhidmatan awam yang cekap amat diperlukan bagi menjamin<br \/>\nkelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara.<br \/>\nSistem penyampaian perkhidmatan yang cekap juga perlu, bagi memenuhi tuntutan<br \/>\nrakyat dan masyarakat perniagaan yang terus meningkat.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Kita bukan hanya<br \/>\nmemberi khidmat, malah juga penerima khidmat. Dalam urusan seharian, kadang<br \/>\nkala kita sendiri berurusan dengan jabatan dan agensi Kerajaan. Kalau kita<br \/>\nmahukan perkhidmatan yang cekap, kita harus terlebih dahulu memberikan<br \/>\nperkhidmatan yang sama. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Apabila secara<br \/>\nkolektif kita meningkatkan tahap perkhidmatan, manfaatnya akan dinikmati oleh<br \/>\nkita juga. Sehubungan itu, marilah kita membuat suatu perubahan yang positif<br \/>\nbagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam agar lebih efisien,<br \/>\nprofesional dan cemerlang.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Setakat ini,<br \/>\nrealitinya rakyat dan para pelanggan masih memandang sistem perkhidmatan awam<br \/>\nnegara ini merimaskan; dikongkong birokratik; tidak berorientasikan pelanggan<br \/>\nwalaupun terdapat Piagam Pelanggan; dan urusan pemproses yang lembap di<br \/>\nkebanyakan jabatan dan agensi Kerajaan. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Pihak Biro<br \/>\nPengaduan Awam juga melaporkan bahawa antara rungutan dan aduan paling kerap<br \/>\nyang dilaporkan oleh orang ramai ialah terhadap jabatan dan agensi Kerajaan<br \/>\nyang tidak memaklumkan status sesuatu permohonan yang telah dihantar. Perkara<br \/>\nini tidak boleh dipandang remeh, dan perlu diberi perhatian yang serius.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Selain itu,<br \/>\nKetua-ketua serta pegawai-pegawai kanan di jabatan dan agensi Kerajaan perlu<br \/>\nmeningkatkan usaha untuk mengenal pasti, menilai dan mengkaji semula<br \/>\namalan-amalan masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan<br \/>\nmasing-masing. Ini termasuk mengkaji semula sistem dan prosedur kerja sedia<br \/>\nada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan<br \/>\nyang digunakan, serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan<br \/>\ntugas. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Untuk itu adalah<br \/>\namat wajar sekiranya penggunaan <i style=&quot;&quot;>ICT<\/i> dimaksimumkan.<span style=&quot;&quot;>  <\/span>Penggunaanya yang bersesuaian berupaya<br \/>\nmemberi manfaat dalam meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan.<br \/>\nSistem dan aplikasi <i style=&quot;&quot;>ICT<\/i> yang<br \/>\ndibangunkan berupaya memendekkan masa penyampaian perkhidmatan, mudah dan<br \/>\nsentiasa boleh dicapai oleh pelanggan serta tidak membebankan semua peringkat<br \/>\npengguna dengan mengambil kira perkhidmatan utama yang boleh disampaikan<br \/>\nmelalui <i style=&quot;&quot;>ICT<\/i> berpandukan kehendak dan<br \/>\nekspektasi pelanggan.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Dalam masa yang<br \/>\nsama, Ketua-ketua jabatan dan agensi perlu rajin \u2018turun ke padang\u2019 serta<br \/>\nmemantau usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi memastikan usaha-usaha<br \/>\npembaharuan dan penambahbaikan adalah menyeluruh dan meluas hingga ke akar<br \/>\numbi.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Untuk mencapai<br \/>\ntahap kecemerlangan sesebuah agensi sebenarnya bukan bergantung pada kecekapan<br \/>\nsegelintir warganya sahaja. Sebaliknya ia memerlukan semua warganya<br \/>\nbersama-sama berganding bahu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan<br \/>\nsebaik mungkin. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Oleh itu, adalah<br \/>\npenting setiap warga penjawat awam sentiasa berusaha untuk meningkatkan<br \/>\nkecekapan diri masing-masing di dalam melaksanakan tugasan yang<br \/>\ndiamanahkan.<span style=&quot;&quot;>  <\/span><o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Oleh yang<br \/>\ndemikian adalah amat penting setiap dari kalangan kita memberikan komitmen<br \/>\npenuh ke atas semua perancangan serta pelaksanaan program latihan yang telah<br \/>\ndisediakan.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Dalam masa yang<br \/>\nsama kita perlu berusaha berterusan menimba ilmu selaras dengan dasar Kerajaan<br \/>\nyang menekankan falsafah pembelajaran sepanjang hayat atau <i style=&quot;&quot;>life-long learning<\/i>, sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran<br \/>\nyang mendatang. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Antara cabaran<br \/>\nutama bagi warga perkhidmatan awam pada hari ini, adalah untuk menukar cara<br \/>\nbekerja dari menjalankan tugas-tugas yang rutin kepada peranan yang lebih besar<br \/>\nsebagai <i style=&quot;&quot;>Knowledge Workers<\/i>, yang<br \/>\nsentiasa kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-cabaran baru, mampu<br \/>\nmeramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku, dan berani membuat pertimbangan<br \/>\ndan keputusan, serta sanggup menghadapi risiko.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Untuk itu<br \/>\nkata-kata hikmah daripada Imam Ghazali, \u201cManusia akan dihormati bukan kerana<br \/>\nkekuatan dirinya, tetapi kerana ilmunya,\u201d seharusnya terpahat kukuh di sanubari<br \/>\nkita. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Peralihan kepada<br \/>\ncara bekerja yang lebih mencabar ini, sudah tentu memerlukan kemahiran dan<br \/>\npengetahuan baru. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Antara kemahiran<br \/>\nyang perlu dipupuk di kalangan anggota perkhidmatan awam ialah kemampuan untuk<br \/>\nmengolah atau menganalisis maklumat. Kemahiran ini akan membolehkan kita<br \/>\nbertindakbalas dengan lebih yakin, tegas dan cepat, selaras dengan perkembangan<br \/>\npesat yang berlaku di sekitar kita. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Perubahan ke atas<br \/>\npendekatan dan cara bekerja ini sudah tentu memerlukan kesediaan bukan sahaja<br \/>\ndari segi fizikal tetapi yang lebih penting adalah kesediaan dari segi mental.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoPlainText&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-family: Arial;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Dalam era <i style=&quot;&quot;>ICT<\/i> masa kini, data, fakta dan<br \/>\npengetahuan begitu cepat menjadi lapuk. Maka kemahiran perlu sentiasa<br \/>\ndiperbaharui dan ditingkatkan untuk memastikan kemahiran yang ada, sentiasa<br \/>\nseiring dengan perkembangan semasa. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoBodyTextIndent2&quot; style=&quot;text-indent: 0in;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt;&quot; lang=&quot;EN-GB&quot;>Selain itu, adalah penting bagi kita membina keazaman<br \/>\nuntuk terus menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, agar perkhidmatan awam<br \/>\nterus berada di hadapan, serta memberi hala tuju kepada rakyat dan Kerajaan ke<br \/>\narah pencapaian matlamat pembangunan negara.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_de66604b0a65b' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-11851\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-de66604b0a65b'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-de66604b0a65b'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='11851'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='578d1b4125'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-de66604b0a65b\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"11851\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-de66604b0a65b\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-de66604b0a65b\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-de66604b0a65b\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-de66604b0a65b\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-de66604b0a65b' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-de66604b0a65b' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Meningkatkan Tahap Perkhidmatan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3171],"class_list":{"0":"post-11851","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-featured","7":"tag-sejenak-bersama-suk"},"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-05-26 09:01:26","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11851","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11851"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11851\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11851"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11851"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11851"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}