{"id":11895,"date":"2007-04-04T00:00:00","date_gmt":"2007-04-04T00:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/2007\/04\/04\/sarawak-punyai-banyak-aset-berharga\/"},"modified":"2007-04-04T00:00:00","modified_gmt":"2007-04-04T00:00:00","slug":"sarawak-punyai-banyak-aset-berharga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=11895","title":{"rendered":"Sarawak Punyai Banyak Aset Berharga"},"content":{"rendered":"<p align=&quot;center&quot;><font size=&quot;2&quot;><b><img src=&quot;..\/..\/newsphoto\/pet-2006\/233_0002a.jpg&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;225&quot; width=&quot;300&quot;><\/b><\/font><\/p>\n<div align=&quot;center&quot;><font size=&quot;1&quot;><i>YAB Ketua Menteri memukul gong sebagai tanda perasmian seminar<\/i><\/font><\/div>\n<p align=&quot;justify&quot;><font size=&quot;2&quot;><br \/><\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sarawak mempunyai banyak aset dan khazanah berharga seperti hutan, gunung, gua, sungai serta kepelbagaian budaya penduduknya untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Di samping itu, keramahan rakyat juga merupakan aset yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk memikat hati para pelancong supaya datang kembali  ke negeri ini.<\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menjelaskan demikian dalam ucapan perasmiannya pada Seminar Pembangunan Usahawan Pelancongan di Kuching pada Mac lepas. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Menurut Ketua Menteri, mereka yang berada dalam industri pelancongan mahupun rakyat Sarawak itu sendiri yang terdiri daripada penduduk tempatan, perlu berkemampuan menceritakan tentang sejarah, latar belakang sesebuah tempat dan budaya masyarakatnya kepada para pelancong dengan cara yang mesra serta layanan yang terbaik. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Bagi pengusaha pelancongan pula, mereka perlu lebih kreatif dalam menjual produk dan perkhidmatan pelancongan Sarawak ke seluruh dunia. Usaha itu boleh termasuk mengadakan kerjasama dengan pihak yang mempunyai pengalaman dan rangkaian perniagaan yang luas di luar negara. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Pengusaha pelancongan tempatan yang bersaiz kecil pula harus memanfaatkan peranan persatuan supaya perniagaan mereka dapat bergerak maju dengan lebih cepat. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Ketua Menteri juga menjelaskan bahawa para pelancong luar negara seperti dari negara Barat datang ke negara ini semata-mata kerana mahu melihat sejarah, keunikan budaya serta keindahan alam yang terdapat di sini. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sehubungan itu katanya, kita tidak perlu berbangga dan bercerita tentang kehebatan bangunan pencakar langit ataupun reka bentuk bangunan yang hebat kerana di negara Barat perkara tersebut merupakan satu kebiasaan bagi mereka. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Justeru, kita harus menunjukkan keramahan dan layanan yang baik kepada para pelancong ketika mereka menikmati kemudahan dan produk pelancongan di sini. Ia perlu diusahakan untuk menarik keinginan mereka datang semula ke sini. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Ketua Menteri juga menggesa supaya barisan hadapan dalam industri pelancongan dan perkhidmatan tidak harus berasa malu ketika berhadapan dengan pelawat. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Barisan hadapan yang terdiri dari petugas-petugas hotel, pelayan restoran dan jurujual di kedai-kedai harus mengikis  perasaan malu itu kerana ia merupakan penghalang kepada proses komunikasi yang diperlukan dalam memberi perkhidmatan bermutu. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Perkhidmatan yang bermutu itu akan terus diingati oleh para pelancong dan akan menjadi antara faktor utama dalam proses pemilihan mereka untuk datang semula ke sesebuah tempat atau mendapatkan perkhidmatan yang sama. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Seminar selama sehari itu merupakan anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Persatuan Usahawan Pelancongan Bumiputera Sarawak. Ia telah dihadiri kira-kira 200 peserta terdiri daripada pengusaha pelancongan di Bahagian Kuching. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Ia merupakan seminar kedua diadakan selepas seminar yang serupa di Miri pada Februari lalu. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai peluang-peluang yang dapat diambil daripada industri pelancongan, membantu usahawan baru dalam industri pelancongan dan mendidik peserta tentang perkhidmatan berkualiti dan aspek praktikal lain di dalam industri pelancongan. <\/font><\/p>\n<p align=&quot;center&quot;><font size=&quot;2&quot;><img src=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/rakansarawak\/ads\/vmy.gif&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;179&quot; width=&quot;200&quot;><br \/><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<blockquote>\n<p align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><b>Info<\/b> <\/font><\/p>\n<ul>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sarawak tarik kira-kira 100,000 pelancong setahun pada tahun 1980-an. <\/font><\/li>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Kira-kira 3 juta pelancong datang ke Sarawak tahun lalu yang menjana pendapatan berjumlah RM5 bilion. Kebanyakannya dari negara-negara rantau Eropah Barat dan negara-negara Asean.  <\/font><\/li>\n<li><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Sasaran 4 juta pelancong ke Sarawak sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 yang menyumbang kepada perolehan berjumlah lebih RM5 bilion.  <\/font><\/li>\n<\/ul>\n<\/blockquote>\n<\/div>\n<p align=&quot;justify&quot;><\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_bc6ab2709caa2' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-11895\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-bc6ab2709caa2'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-bc6ab2709caa2'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='11895'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='578d1b4125'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-bc6ab2709caa2\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"11895\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-bc6ab2709caa2\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-bc6ab2709caa2\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-bc6ab2709caa2\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-bc6ab2709caa2\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-bc6ab2709caa2' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-bc6ab2709caa2' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sarawak mempunyai banyak aset dan khazanah berharga seperti hutan, gunung, gua, sungai serta kepelbagaian budaya<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3169],"class_list":{"0":"post-11895","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-featured","7":"tag-sebaran-am"},"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-05-26 10:27:46","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11895","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11895"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11895\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11895"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11895"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11895"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}