{"id":11949,"date":"2007-08-09T00:00:00","date_gmt":"2007-08-09T00:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/2007\/08\/09\/mengenali-penan-muslim-di-tanjung-balipat\/"},"modified":"2007-08-09T00:00:00","modified_gmt":"2007-08-09T00:00:00","slug":"mengenali-penan-muslim-di-tanjung-balipat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=11949","title":{"rendered":"Mengenali Penan Muslim di  Tanjung Balipat"},"content":{"rendered":"<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;><font size=&quot;3&quot;><b>&quot;Molong&quot; &#8211; prinsip hidup masyarakat Penan<\/b><\/font><br \/><\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Apabila kami<br \/>\nmenghubungi Pegawai KEMAS Encik Che Mohd Ridzuan Che Ali untuk contoh kampung<br \/>\nterbaik di Miri, pada awalnya beliau mengesyorkan<span style=&quot;&quot;>  <\/span>Kampung Selanyau<span style=&quot;&quot;>   <\/span>yang terkenal dengan aktiviti kemasyarakatan<br \/>\ndan pemuafakatan kampung.Kami menolak kerana telah pun ke kampung tersebut<br \/>\nempat tahun yang lalu. Kami mahukan kampung yang berpotensi untuk maju dan<br \/>\nperlukan usaha untuk lebih maju di samping mendapat bimbingan agensi kerajaan<br \/>\nseperti KEMAS, MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia dan sebagainya.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Akhirnya kampung<br \/>\nTanjung Berlipat di Niah menjadi pilihan kerana kampung ini sedang menjalani<br \/>\nproses penyusunan semula.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Kami tiba dengan<br \/>\ndisambut oleh Ketua Kampung Encik Hamid bin Salleh, Encik Ishak bin Abdullah,<br \/>\nPengerusi GDW Kampung Tanjung Belipat, beberapa orang Ahli JKKK, Pegawai KEMAS<br \/>\nEncik Che Mohd Ridzuan Che Ali dan dua orang pembantunya. Pertemuan diadakan di<br \/>\nBalai Raya Kampung Tanjung Berlipat.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Apabila tiba di sana,<br \/>\nmereka berulang kali meminta maaf kerana ramai yang tidak hadir untuk menyambut<br \/>\nkami kerana difahamkan kebanyakan mereka terikat dengan urusan pekerjaan. Kami<br \/>\nsebenarnya tidaklah mengharapkan sebarang sambutan besar-besaran sehingga<br \/>\nmenyusahkan kehidupan mereka. Memadailah temu bual biasa dengan ketua kampung<br \/>\nserta beberapa orang pembantunya. <\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Kampung yang terletak<br \/>\ndi pinggir sungai Niah hanya beberapa kilometer dari pekan Niah. Kebanyakan<br \/>\npenghuninya terdiri daripada kaum Penan Muslim. Kampung in diasaskan pada tahun<br \/>\n1950an. Kini penduduk kampung ini terdiri daripada generasi yang ketiga dan<br \/>\nseterusnya. <\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Namun penempatannya<br \/>\nberselerak di beberapa buah tanjung. Keperluan asas amatlah terbatas. Atas<br \/>\nsebab itu beberapa kampung ini telah disatukan dan disusun dengan menyatukan<br \/>\nmereka di sebuah penempatan baru di Kampung Tanjung Belipat. Dengan penyusunan<br \/>\nsemula ini barulah<span style=&quot;&quot;>  <\/span>kerajaan<span style=&quot;&quot;>  <\/span>dapat menyalurkan bantuan berupa bekalan<br \/>\nelektrik, kemudahan air paip, jalan raya dan sebagainya. <\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Apabila mereka tinggal<br \/>\nmenetap, keperluan hidup juga telah berubah. Semuanya perlukan wang, dahulu tanpa<br \/>\npendidikan mereka masih boleh mencari wang kerana sumber-sumber dari hutan<br \/>\namatlah banyak. Hutan sekitar Niah menghasilkan rotan, sarang burung,<br \/>\nkayu-kayan dan sebagainya. Apa yang diperlukan pada masa itu adalah kemahiran<br \/>\nuntuk mengutip sarang burung, mengenal rotan, mengenal hasil-hasil hutan yang<br \/>\nboleh dijual untuk mendapatkan wang. Namun jumlah penduduk semakin bertambah,<br \/>\nsedangkan keluasan hutan semakin berkurangan akibat telah diteroka untuk<br \/>\npelancongan, ladang, kayu balak dan sebagainya. Kemahiran untuk masuk hutan<br \/>\ntidak lagi berguna sepenuhnya<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;><\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;><\/p>\n<table align=&quot;&quot; border=&quot;0&quot; cellpadding=&quot;1&quot; cellspacing=&quot;1&quot; width=&quot;100%&quot;>\n<tbody>\n<tr align=&quot;justify&quot;>\n<td><img src=&quot;..\/..\/newsphoto\/gen-2007\/TgBalipatSekolah.JPG&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;240&quot; width=&quot;320&quot;><\/td>\n<td><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Bila ditanya mengapa<br \/>\npendidikan begitu penting, prinsip hidup kaum Penan amat mudah dan sama saja<br \/>\nwalau di mana mereka berada. Jangan abaikan anak cucu, tinggalkan bekalan untuk<br \/>\nmereka. Jangan ambil lebih dari yang perlu.  Dahulu mereka tinggal di hutan, jadi hutan amat penting untuk<br \/>\nkelangsungan hidup. Hutan amat dijaga dengan baik kerana mengingatkan generasi<br \/>\nseterusnya juga perlu meneruskan kehidupan. Mereka mengamalkan sikap mengambil<br \/>\napa yang perlu sahaja. Sikap tamak boleh dikatakan jarang didapati di kalangan<br \/>\norang Penan.<\/span><\/font><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><\/td>\n<td><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Untuk kelangsungan<br \/>\nhidup zaman ini, pendidikan merupakan pilihan. Ia adalah jalan keluar untuk<br \/>\nmereka berjaya di mana sahaja. Dahulu dengan penempatan berselerak, kedudukan<br \/>\nsekolah amat jauh. Penduduk kampung menggunakan perahu menongkah arus sungai<br \/>\nNiah untuk ke sekolah. Murid-murid sendiri berkayuh perahu untuk ke sekolah<br \/>\nlantaran ibu bapa mereka perlu ke hutan untuk mencari pendapatan. Lelah<br \/>\nberkayuh telah membantutkan semangat untuk belajar. Tubuh kecil kanak-kanak tidak<br \/>\nmampu menanggung beban berkayuh perahu setiap hari untuk ke sekolah. Kudrat<br \/>\nmereka lemah di tengah sungai. Akhirnya jalan mudah, tidak perlu ke sekolah.<br \/>\nTak sekolah pun masih dapat makan. Masih dapat hidup. Itu cerita dulu, 40 atau<br \/>\n50 tahun dahulu. <\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Keadaan telah berubah.<br \/>\nSiapa yang tidak berpendidikan akan ketinggalan. Mereka tidak dapat mengenal<br \/>\npasti peluang yang terbentang di depan mata. Kalau ada pun mereka masih<br \/>\nketinggalan berbanding dengan kampung-kampung sekitar.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Kampung ini juga<br \/>\nterletak kira-kira 20km dari jalan Miri Bintulu. Kemudahan jalan raya<br \/>\nsebenarnya telah membolehkan orang kampung cepat menilai kemajuan yang berlaku<br \/>\ndi sekitar kawasan mereka. <\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Mereka dapat melihat<br \/>\nbahawa kemudahan asas telah mempercepatkan pembangunan fizikal tetapi jika<br \/>\nfikiran mereka masih tertutup, semua kemudahan yang ada tidak bererti. <\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Contohnya mereka dapat<br \/>\nmelihat banyak tanah sekitar telah diusahakan sebagai ladang kelapa sawit oleh<br \/>\npenduduk kampung berhampiran. Taraf ekonomi telah meningkat. Oleh itu tidak<br \/>\nmungkin mereka akan duduk diam dan memerhati sahaja. Mereka juga perlu<br \/>\nmengintai peluang yang ada untuk kesejahteraan bersama. Inilah yang benar-benar<br \/>\nditekankan oleh ketua kampung Encik Hamid.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Untuk menjadi pemimpin<br \/>\njuga perlukan pendidikan. Cabaran hidup masa sekarang semakin getir. Pemimpin<br \/>\nyang mempunyai pendidikan boleh memimpin masyarakatnya ke arah yang lebih baik<br \/>\nkerana beliau tahu apa yang diperlukan oleh kaumnya untuk berjaya. Dahulu,<br \/>\nmenurut ketua kampung tidak susah untuk menjadi ketua kampung. Kini terlalu<br \/>\nbanyak yang perlu dilakukan demi kemajuan kampung. <\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>\u201cKalau tidak ada ilmu<br \/>\nmacam mana nak kita<span style=&quot;&quot;>  <\/span>nak menunjukkan<br \/>\ntauladan , menerangkan tentang pembangunan atau sebarang kemusykilan oleh<br \/>\nanak-anak buah kita? Pemimpin perlu membuka minda dan menyerap dan belajar<br \/>\nsebanyak ilmu yang mungkin. Ini semua penting sebagai pemimpin masyarakat.<br \/>\nKalau tidak ada pendidikan terutama bagi seorang ketua, kemajuan mungkin tidak<br \/>\nberlaku langsung bagi sesebuah masyarakat.\u201d<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>\u201cDatuk saya dahulu<br \/>\nadalah seorang ketua kampung. Tugasnya nampak lebih mudah kerana keperluan<br \/>\nhidup masyarakat pada masa itu amat ringkas. Tetapi sekarang keadaan tidak lagi<br \/>\nbegitu. Keadaan kehidupan orang kampung di mana-mana pun telah menjadi lebih<br \/>\nmencabar. Sebagai ketua saya perlu memandang ke hadapan demi kemajuan semua<br \/>\norang di kampung saya\u201d, tegasnya lagi.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>\u201cNamun saya tidak dapat<br \/>\nmelakukannya seorang diri. Kami perlukan orang yang boleh menggerakkan aktiviti<br \/>\nyang dijalankan. Jadi pegawai kerajaan seperti KEMAS amat dialu-alukan. Di<br \/>\nsamping sebagai penggerak dan penunjuk arah, pegawai kerajaan juga boleh<br \/>\nmelatih orang kampung untuk bertindak sendiri<span style=&quot;&quot;><br \/>\n<\/span>sebagai perangsang dan pembimbing kepada orang-orang kampung. Kami tidak<br \/>\nberpelajaran tinggi. Harapan kami pada anak-anak kami agar mereka lebih berjaya.<br \/>\nSementara itu kami pun perlu bertindak memastikan agar generasi muda dapat<br \/>\nmencapai matlamat mereka\u201d.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Selesai temubual, kami<br \/>\ndibawa melihat kawasan kampung. Kampung ini terdapat kawasan baru untuk<br \/>\npenempatan semula. Kemudian kami dibawa melihat sekolah rendah yang terletak<br \/>\nbetul-betul di tepi Sungai Niah. Sekolah ini memang menjadi kebanggaan kerana<br \/>\nia merupakan bangunan yang dibina sendiri oleh penduduk kampung.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Sejurus kami dibawa ke<br \/>\nsebuah denai menuju ke bekas penempatan kampung. Sepanjang jalan kami terpegun<br \/>\ndengan pokok-pokok yang jarang kami temui di tempat lain. Tanah di kawasan<br \/>\njenis tanah pinggir sungai yang sesuai untuk dusun buah-buahan tempatan. Kerana<br \/>\nkeasyikan melihat pelbagai flora dan fauna ini maka beberapa kali kami<br \/>\ntertinggal di belakang dan hampir saja panik kerana kami betul-betul terasa<br \/>\nsesat. Mujurlah ketua kampung sabar menunggu bila menyedari kami tidak lagi<br \/>\nberada di belakangnya.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Ada beberapa buah rumah<br \/>\nyang tidak lagi didiami kerana kedudukannya jauh dari jalan raya. Walaupun<br \/>\nmereka berpindah ke kawasan penempatan semula namun, rumah yang ditinggalkan<br \/>\nitu lebih kepada rumah dusun yang sekali sekala dikunjungi. Hati mula<br \/>\ntertanya-tanya mengapa perlu kami ke sini. Rupanya Ketua kampung mahu<br \/>\nmenunjukkan tanjung yang menjadi punca kepada kewujudan kampung Tanjung<br \/>\nBerlipat.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Kami tiba di sebuah<br \/>\nrumah kayu, sejurus tiba barulah kami menyedari bahawa kami seolah-olah berada<br \/>\ndi sebuah pulau kecil dengan diapit oleh dua batabg sungai. Hakikatnya kami<br \/>\nberada di sebuah tanjung kecil di Sungai Niah. Tanjung asal yang menjadi tempat<br \/>\npersinggahan satu masa dahulu. Suasana begitu redup, nyaman ditiup angin<br \/>\nsepoi-sepoi bahasa. Cuma kadang-kadang rasa seram sejuk pula apabila<br \/>\nterkenangkan buaya yang mungkin akan timbul bila-bila masa sahaja di depan<br \/>\nmata. Air sungai begitu kuning, mungkin kesan pembangunan atau pembalakan di<br \/>\nkawasan ulu.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Selesai bergambar, kami<br \/>\ndijemput oleh Encik Ishak bin Abdullah, Pengerusi GDW Kampung Tanjung Belipat<br \/>\nuntuk makan tengahari di restoran miliknya di pekan Batu Niah. Terima kasih<br \/>\nbanyak-banyak.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Walau apa pun yang<br \/>\nberlaku, bagi orang Penan ini, prinsip mereka jangan abaikan anak-anak. Jati<br \/>\ndiri mesti kuat meskipun telah berlaku perubahan pemikiran, cara hidup dan<br \/>\nsebagainya. Prinsip ini kuat ditekankan oleh orang Penan kepada anak-anak<br \/>\nmereka.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Luahan demi luahan,<br \/>\npendapat dan masalah diutarakan mereka. Antara masalah yang sering<br \/>\ndialami oleh penduduk kampung adalah ketiadaan kad pengenalan. Masalah ini<br \/>\nsebenarnya adalah biasa bagi penduduk pedalaman Sarawak. Ketiadaan sistem<br \/>\npengangkutan yang baik dan tiada kesedaran mengenai kepentingan kad pengenalan<br \/>\npada zaman dahulu telah mencetuskan dilema ini.<\/span><\/font><\/p>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;>\n<blockquote>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot;>\n<table align=&quot;&quot; border=&quot;0&quot; cellpadding=&quot;1&quot; cellspacing=&quot;1&quot; width=&quot;100%&quot;>\n<tbody>\n<tr>\n<td><img src=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/newsphoto\/gen-2007\/TgBalipatrumah.JPG&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;240&quot; width=&quot;320&quot;> <\/td>\n<td><img src=&quot;http:\/\/www.faradalemedia.com\/newsphoto\/gen-2007\/TgBalipatdenai.JPG&quot; border=&quot;&quot; height=&quot;240&quot; width=&quot;320&quot;><\/td>\n<\/tr>\n<tr>\n<td><\/td>\n<td><\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p><\/p>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><b><span lang=&quot;EN-US&quot;>Fakta Menarik Mengenai<span style=&quot;&quot;>  <\/span>Kampung Tanjung Berlipat<\/span><\/b><\/font><\/p>\n<\/blockquote>\n<blockquote>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Nama asal kampung ini<br \/>\nmengikut dialek Penan adalah Tujuk Balipat yang bermaksud tujuh tanjung di<br \/>\nsebuah penempatan di Sungai Niah. Kaum Penan mudik ke hilir sungai Niah dan<br \/>\nbertemu sebuah tanjung yang sesuai untuk sebuah perhentian apabila mahu ke<br \/>\nhilir. Begitu juga dengan orang-orang Melayu dan Kedayan yang mudik ke hulu<br \/>\niaitu di Batu Niah akan singgah di tanjung ini untuk berehat. Lama-kelamaan<br \/>\ntanjung ini makin didiami. Akhirnya wujudlah beberapa penempatan di sekitar<br \/>\ntanjung sungai Niah.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Kampung ini sebenarnya<br \/>\nasalnya terdiri daripada penempatan di tujuh buah kampung di beberapa tanjung<br \/>\ndi pinggir sungai Niah.. Apabila terbinanya kemudahan jalan raya Jalan Miri<br \/>\nBintulu maka penduduk kampung berpindah seberang sungai yang dekat dengan jalan<br \/>\nraya. Namun masih ada yang menetap di kampung lama. Lama-kelamaan untuk memudahkan<br \/>\npembangunan disalurkan kepada penduduk, maka mereka digesa berpindah ke sebuah<br \/>\npenempatan baru yang disusun semula. Namun mereka masih memiliki hak<span style=&quot;&quot;>  <\/span>ke atas tanah mereka di kampung yang lama<br \/>\nitu.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Terdapat sebuah sekolah<br \/>\nrendah telah didirikan sendiri oleh penduduk kampung ini. Mereka bergotong<br \/>\nroyong mengumpul wang dan membina bangunan untuk sekolah ini. Hanya kemudian<br \/>\nbarulah kerajaan menyediakan khidmat guru dan kemudahan lain.. Bangunan ini<br \/>\nmasih dalam keadaan baik dan masih digunakan. Begitu cekal penduduk kampung<br \/>\nmahukan pembangunan dan perubahan untuk keluarga mereka.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Setiap sarang burung<br \/>\ndan najis kelawar (bahan baja) yang dipungut di Gua Niah, pemungutnya perlu<br \/>\nmenabung sejumlah kecil perolehan jualan ke dalam tabung masyarakat kampung.<br \/>\nHasilnya digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan termasuklah pembinaan sekolah<br \/>\nrendah yang ada sekarang ini. Tabung ini wujud seiring dengan kewujudan kampung<br \/>\nsejak lima puluh tahun yang lalu.<\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;para2&quot; style=&quot;text-indent: 0cm;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span lang=&quot;EN-US&quot;>Penduduk kampung<br \/>\nmengadakan gotong royong membersihkan kampung dan menyelenggara jalan setiap<br \/>\ntiga bulan. Aktiviti ini mendapat kerjasama seluruh penduduk kampung sejak<br \/>\ndahulu hinggalah sekarang.<\/span><\/font><\/p>\n<\/blockquote>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_bab56d20a5aed' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-11949\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-bab56d20a5aed'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-bab56d20a5aed'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='11949'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='578d1b4125'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-bab56d20a5aed\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"11949\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-bab56d20a5aed\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-bab56d20a5aed\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-bab56d20a5aed\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-bab56d20a5aed\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-bab56d20a5aed' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-bab56d20a5aed' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tinggalkan bekalan untuk anak cucu &#8211; prinsip hidup masyarakat Penan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3176],"class_list":{"0":"post-11949","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-featured","7":"tag-sepanjang-jalan-kenangan"},"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-05-26 09:20:21","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11949","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11949"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11949\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11949"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11949"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11949"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}