{"id":11973,"date":"2007-10-05T00:00:00","date_gmt":"2007-10-05T00:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/localhost\/wordpress\/2007\/10\/05\/perbetulkan-persepsi-berubah-untuk-jadi-lebih-baik\/"},"modified":"2007-10-05T00:00:00","modified_gmt":"2007-10-05T00:00:00","slug":"perbetulkan-persepsi-berubah-untuk-jadi-lebih-baik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=11973","title":{"rendered":"Perbetulkan Persepsi Berubah Untuk Jadi Lebih Baik"},"content":{"rendered":"<p class=&quot;MsoBodyText&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>oleh <a subject=&quot;Siti Mariam Mahdar&quot; href=&quot;mailto:ctmariam81@yahoo.com&quot;>Siti Mariam Mahdar<\/a><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoBodyText&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><br \/><\/font><\/p>\n<p class=&quot;MsoBodyText&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;>Layakkah kita digelar penjawat awam yang berwibawa dan<br \/>\nmenerima gaji setimpal dengan usaha yang telah kita jalankan?<\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Jawapannya ada pada diri sendiri,<br \/>\nbukan pada kertas atau pandangan manusia semata-mata. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Jika selama ini kita bekerja hanya<br \/>\nuntuk mendapatkan gaji pada hujung bulan dan buat asal ada, berubahlah segera.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Perubahan kepada perkara yang baik<br \/>\nmenjadi tuntutan kerana ia mampu membentuk keperibadian penjawat awan yang<br \/>\nberfikiran positif dan menerima tugasan dengan hati terbuka.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Berubah dari segi pemikiran,<br \/>\nmemikirkan bahawa setiap individu dalam organisasi sangat penting walau<br \/>\nmempunyai jawatan paling rendah. Ramai orang beranggapan bahawa hanya bos atau<br \/>\nketua jabatan merupakan orang penting yang menentukan elok atau gagalnya<br \/>\nsesuatu pentadbiran. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Inilah anggapan yang nyata salah<br \/>\ndan perlu diubah kepada tanggapan benar bahawa semua orang dalam pentadbiran<br \/>\nsesuatu jabatan bergantung kepada semua ahlinya. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Memang tidak dapat dinafikan ada<br \/>\nsesetengah penjawat awam yang memegang sesuatu jawatan bagai melukut di tepi<br \/>\ngantang, ada atau tidak sama sahaja. Orang sebeginilah perlu disedarkan dan<br \/>\nberubah kerana mereka inilah yang banyak membazirkan sumber kerajaan dan wang<br \/>\nrakyat. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Jika seorang budak pejabat selama<br \/>\nini memikirkan dia hanyalah orang suruhan semata-mata, ianya salah sama sekali.<br \/>\nBerubahlah dengan pemikiran positif bahawa seorang budak pejabat atau Pembantu<br \/>\nAm Rendah boleh menjadi aset penting dalam sesuatu jabatan. Kerjanya sebagai<br \/>\npenghantar surat bakal memastikan sistem penyampaian maklumat kerajaan dapat<br \/>\ndigerakkan. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Walaupun dalam zaman kecanggihan<br \/>\nteknologi ini, penjawat awam banyak didedahkan dengan penggunaan email, namun<br \/>\nterdapat sesetengah maklumat atau perkara memerlukan serahan tangan. Inilah<br \/>\nsumbangan seorang yang bergelar budak pejabat. Selain menghantar pada tempat<br \/>\nyang dikehendaki sikap amanah merupakan tonggak utama kerana beliau turut<br \/>\nmemastikan kesinambungan penyampaian maklumat kerajaan.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Profesor Dr. Hamka dalam bukunya<br \/>\nyang bertajuk Mutiara Perjuangan terbitan Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun<br \/>\n1973 mengatakan \u2026\u201dtidak semua orang akan menjadi gabenor, tidak semua orang<br \/>\nakan jadi menteri, tidak semua orang akan menjadi ketua jabatan. Tetapi semua<br \/>\norang yang satu menolong kepada yang lain, yang lain berkait dengan yang satu.<br \/>\nMalah kadang-kadang di samping mustahaknya seorang Menteri, terdapat pula<br \/>\nmustahaknya seorang pemandu yang membawa kereta Yang berhormat Menteri. Di sini<br \/>\nnampaklah bahawa pembawa kereta itupun mustahak adanya dalam satu negeri\u201d.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Kadang-kadang ada orang yang<br \/>\nberasa hina dengan pekerjaannya, kerana memikirkan dirinya seorang kuli. Secara<br \/>\nperibadi seorang tukang kebun pejabat yang menyapu dan membuang sampah adalah<br \/>\nmulia kerana tanpa beliau walau dalam tempoh sehari setiap orang akan menerima<br \/>\nbahana. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Justeru, walau di mana kedudukan<br \/>\nseseorang yang berkhidmat di jabatan kerajaan sama ada pembuat dasar, golongan<br \/>\nprofessional, sokongan mahir atau sebaliknya perlu sedar dan memikirkan dengan<br \/>\npandangan positif bahawa setiap orang penting untuk menggerakkan sistem penyampaian<br \/>\nmaklumat kerajaan.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Mantan Ketua Setiausaha Negara,<br \/>\nTan Sri Samsudin bin Osman dalam ucapannya di Majlis Anugerah Kualiti<br \/>\nPerkhidmatan Awam dan Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan<br \/>\nTahun 2004 mengatakan\u2026\u201dMaju mundurnya sesebuah negara banyak bergantung pada<br \/>\nkualiti tenaga manusia yang dimilikinya. Harus kita akui bahawa walau sebanyak<br \/>\nmana pun usaha yang telah kita curakan, atau sebanyak mana pun program atau<br \/>\nprojek yang telah kita perkenalkan, namun akhirnya tenaga manusialah yang menjadi<br \/>\npenentu sama ada usaha yang telah kita laksanakan selama ini berjaya. Kemahiran<br \/>\ndan kompetensi seseorang anggota Perkhidmatan Awam adalah asas yang<br \/>\nmenggerakkan sesuatu tugasan\u201d.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Justeru itu, walau secantik<br \/>\nmanapun dasar dan etika kerja yang kita cipta di atas kertas, jika penggeraknya<br \/>\niaitu penjawat awam gagal mengaplikasikan peranan masing-masing maka ianya<br \/>\numpama beruk mendapat bunga.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Sekiranya kita ingin<br \/>\nmemperbetulkan sistem penyampaian kerajaan, setiap penjawat awam haruslah<br \/>\nmemperbetulkan, menilai dan muhasabah diri sendiri. Sejauh mana masa yang kita<br \/>\nhabiskan selama lapan jam setiap hari menyumbang kepada pembangunan negara atau<br \/>\nsebaliknya. Perubahan yang membawa erti harus disertakan dengan niat dan tidak<br \/>\ndilakukan secara mendadak, supaya ianya terus berkekalan. <o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri<br \/>\nMohd. Sidek bin Haji Hassan menyatakan \u201cbahawa dalam apa jua keadaan anggota<br \/>\nperkhidmatan awam perlu bertindak dengan adil dan saksama serta denga penuh<br \/>\nintegriti untuk kepentingan orang ramai\u201d.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Sebelum penilaian dibuat melalui<br \/>\nkaca mata orang atasan dan masyarakat umum, biarlah kita yang bergelar penjawat<br \/>\nawam menilai dan menaksir diri sendiri, sejauh mana kita memikul tugas dan<br \/>\nsedia bertugas untuk menjadi lebih baik.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<\/div>\n<p class=&quot;MsoNormal&quot; style=&quot;text-align: justify;&quot; align=&quot;justify&quot;><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Sesungguhnya penjawat awam di<br \/>\nMalaysia ini sangat bertuah dan berada pada zon selesa. Kerajaan sentiasa<br \/>\nbersikap tolak ansur dan berusaha memenuhi apa jua keperluan demi memastikan<br \/>\nkedua-dua pihak dapat menjalankan tugas dengan selesa. Jadi sebagai balasannya,<br \/>\njalankan tugasan dengan ikhlas dan penuh dedikasi dan berintergriti.<o:p><\/o:p><\/span><\/font><\/p>\n<div align=&quot;justify&quot;>\n<p><font face=&quot;Arial, Helvetica, sans-serif&quot; size=&quot;2&quot;><span style=&quot;font-size: 10pt; font-family: Arial;&quot;>Setiap penjawat awam perlu berubah dan bijak<br \/>\nmenerima perubahan! Inilah yang akan memastikan kesinambungan kecekapan<br \/>\nperkhidmatan awam yang bukan sahaja memberi faedah kepada negara tetapi<br \/>\nkepuasan terhadap diri sendiri. <\/span><\/font>\n       <\/div>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_ecee000d6bacb' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-11973\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-ecee000d6bacb'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-ecee000d6bacb'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='11973'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='578d1b4125'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-ecee000d6bacb\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"11973\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-ecee000d6bacb\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-ecee000d6bacb\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-ecee000d6bacb\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-ecee000d6bacb\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-ecee000d6bacb' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-ecee000d6bacb' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Siti Mariam Mahdar<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3168],"class_list":{"0":"post-11973","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","6":"category-featured","7":"tag-rencana"},"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-05-26 10:42:08","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11973","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11973"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11973\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11973"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11973"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11973"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}