{"id":14076,"date":"2021-08-24T14:31:00","date_gmt":"2021-08-24T06:31:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=14076"},"modified":"2023-12-04T23:22:24","modified_gmt":"2023-12-04T15:22:24","slug":"bidar-lukut-sukan-tradisi-masyarakat-melanau-mukah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=14076","title":{"rendered":"Bidar Lukut Sukan Tradisi Masyarakat Melanau Mukah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Masyarakat Melanau di Sarawak kaya dengan adat dan budaya, daripada adat perkahwinan, kematian hinggalah ke sukan dan permainan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lumba perahu Bidar Lukut adalah salah satu daripada permainan tradisional suku kaum Melanau di Mukah selain permainan Tibow.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bidar Lukut merupakan replika perahu bidar sebenar yang digunakan dalam acara regata Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Struktur bidar diperbuat daripada kayu ringan dengan ukuran kira-kira satu meter panjang dan 19 sentimeter lebar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Layar yang berfungsi untuk menggerakkan bidar adalah daun lukut yang dikeringkan dengan ketinggian lebih kurang lapan sentimeter.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bidar Lukut biasanya mempunyai enam hingga tujuh layar, mengikut kepanjangan bidar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"377\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-01-1-01-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14073\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-01-1-01-2021.jpg 640w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-01-1-01-2021-600x353.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-01-1-01-2021-300x177.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-01-1-01-2021-150x88.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption>Bidar Lukut yang dihiasi pelbagai corak dan warna<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Permainan tradisional ini dimainkan di permukaan sungai kecil. Manakala landasan untuk bidar berlumba pula diperbuat daripada buluh paip PVC atau bekas-bekas botol plastik yang disambungkan dengan tali.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Landasan yang berfungsi untuk mengelak bidar berlanggar antara satu sama lain juga boleh dibuat menggunakan batang buluh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perlumbaan Bidar Lukut, tiupan angin menjadi penentu utama kepada pemenang sukan tradisional ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, reka bentuk bidar serta layar turut mempengaruhi kelancaran pelayaran perahu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Biasanya, perlumbaan Bidar Lukut diadakan ketika air sungai tenang. Perlumbaan tidak dapat dijalankan ketika arus sungai deras.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada asalnya, perlumbaan perahu Bidar Lukut hanyalah satu hobi yang dimainkan oleh kaum Melanau sejak setengah abad yang lalu sebagai mengisi masa lapang.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-02-1-01-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14074\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-02-1-01-2021.jpg 640w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-02-1-01-2021-600x338.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-02-1-01-2021-300x169.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/08\/BW-3-02-1-01-2021-150x84.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption>Perlumbaan Bidar Lukut yang sedang berlangsung di Kampung Tellian, Mukah<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlumbaan Bidar Lukut kini juga dijadikan sebagai acara sukan yang mengisi sambutan keramaian atau pesta seperti Pesta Kaul Mukah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Permainan tradisi ini dihidupkan semula oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Dagen Daya (Tujunokala) yang dianggotai oleh para belia Kampung Tellian Daya, Mukah pada 2015.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dan kawasan sekitar, kelab Tujunokala kini giat mengangkat permainan ini sebagai sukan untuk menambah tarikan di Mukah kepada pelancong dan orang luar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelab berkenaan juga sedang dalam usaha untuk mengangkat semula lumba Bidar Lukut untuk dimasukkan ke dalam kalendar acara tahunan di Mukah, khususnya pada Pesta Kaul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada tahun lepas, kerja naik taraf tapak perlumbaan Bidar Lukut telah dijalankan dan inisiatif kelab berkenaan menunjukkan semangat generasi belia Mukah dalam memelihara warisan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sukan ialah medan perpaduan yang menyatukan rakyat. Begitu juga dengan sukan tradisi ini yang dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bermula dari membuat bidar hinggalah ke persiapan pada hari perlumbaan Bidar Lukut dapat menerapkan disiplin dalam kalangan peserta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Info Tambahan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kaum Melanau sememangnya lazim dengan maritim atau lautan dalam menjalankan aktiviti kehidupan harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, kaum ini dikatakan antara kaum di Sarawak yang terkenal dalam mendominasi aktiviti di sungai dan lautan daripada mencari rezeki dengan menangkap ikan hinggalah menjadikan lautan sebagai \u2018padang permainan\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih daripada itu, makanan tradisional berasaskan hasil laut yang menjadi pembuka selera seperti umai yang begitu popular di Sarawak juga datangnya daripada kaum Melanau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka, tidak hairanlah kaum Melanau mempunyai kepelbagaian jenis perahu atau kapal tradisional yang memiliki identiti tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap perahu juga mempunyai fungsi yang berlainan dan telah digunakan oleh generasi terdahulu kaum Melanau sejak zaman berzaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara jenis-jenis perahu tradisional Melanau selain bidar ialah bahong, badong dan bakong.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, perlu diketahui juga, masyarakat Melanau terbahagi kepada beberapa pecahan serta mempunyai perbezaan dari segi dialek mengikut lokasi asal usul mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dialek atau bahasa pertuturan Melanau Mukah yang merangkumi Igan, Dalat, Oya, Balingian dan sebagainya tidak sama dengan kaum Melanau di Rajang, Sibu dan di Tatau, Bintulu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka, nama-nama jenis perahu tradisional masyarakat ini juga berbeza.<\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_36a26a7696cd3' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-14076\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-36a26a7696cd3'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-36a26a7696cd3'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='14076'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='35a337aadb'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-36a26a7696cd3\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"14076\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-36a26a7696cd3\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-36a26a7696cd3\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-36a26a7696cd3\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-36a26a7696cd3\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-36a26a7696cd3' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-36a26a7696cd3' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bidar Lukut merupakan replika perahu bidar sebenar yang digunakan dalam acara regata Sarawak.<br \/>\nStruktur bidar diperbuat daripada kayu ringan dengan ukuran kira-kira satu meter panjang dan 19 sentimeter lebar.<\/p>\n","protected":false},"author":954,"featured_media":14075,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,27,36],"tags":[3465],"class_list":["post-14076","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-from-rakan-sarawak","category-featured","category-rakan-lensa","category-general-info","tag-bidar-lukut"],"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-09-05 20:15:34","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14076","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/954"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14076"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14076\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23082,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14076\/revisions\/23082"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14075"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14076"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14076"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14076"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}