{"id":15158,"date":"2021-11-23T10:26:38","date_gmt":"2021-11-23T02:26:38","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=15158"},"modified":"2021-11-23T10:27:03","modified_gmt":"2021-11-23T02:27:03","slug":"latar-belakang-pelan-pembangunan-lima-tahun-malaysia-rmk1-rmk7","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=15158","title":{"rendered":"Latar Belakang Pelan Pembangunan Lima Tahun Malaysia (RMK1 \u2013 RMK7)"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Pelan pembangunan lima tahun Malaysia telah bermula pada tahun 1956 di mana ia memperincikan strategi dan inisiatif dalam menentukan keutamaan program dan projek yang dilaksanakan Kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) ialah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Objektif RMK-1 (1966-1970) adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di bawah RMK-1, dua (2) buah agensi Kerajaan telah ditubuhkan iaitu <em>Rural Industrial Development Authority<\/em> (RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bertujuan untuk memajukan sektor ekonomi luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-1-1-56-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15160\" width=\"577\" height=\"324\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-1-1-56-2021.jpg 640w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-1-1-56-2021-600x337.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-1-1-56-2021-300x168.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-1-1-56-2021-150x84.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 577px) 100vw, 577px\" \/><figcaption>FELDA telah ditubuhkan semasa RMK-1<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek-aspek integrasi dalam kalangan penduduk Malaysia agar sebarang penggubalan dasar pembangunan dapat meningkatkan kebajikan semua rakyat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignright size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15161\" width=\"294\" height=\"294\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-300x300.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-100x100.jpg 100w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-600x600.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-150x150.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-768x768.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-1536x1536.jpg 1536w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-696x696.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-1068x1068.jpg 1068w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021-420x420.jpg 420w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-2-56-2021.jpg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 294px) 100vw, 294px\" \/><figcaption>Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 turut ditubuhkan semasa RMK-1<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa buah agensi kerajaan turut dilahirkan di bawah RMK-1 iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966; Bank Bumiputera 1966; Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967; Lembaga Penasihat Tarif; dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya<strong> RMK-2 (1971-1975)<\/strong> tertumpu kepada program pembangunan jangka panjang iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikenali sebagai \u2018Serampang Dua Mata\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Matlamatnya adalah untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi kaum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara Matlamat RMK-2 yang lain ialah untuk memperbaiki kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar selain menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan penempatan baharu di bawah program FELDA.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">RMK-2 juga bermatlamat untuk menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman sehingga tertubuhnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1966.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tujuan penubuhan FAMA ialah untuk membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian; mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah; dan melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan pembangunannya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-3-1-56-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15162\" width=\"461\" height=\"223\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-3-1-56-2021.jpg 640w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-3-1-56-2021-600x290.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-3-1-56-2021-300x145.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-3-1-56-2021-150x72.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 461px) 100vw, 461px\" \/><figcaption>Program pembangunan jangka panjang iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan semasa RMK-2<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam <strong>RMK-3 (1976-1980), <\/strong>perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi pembangunan bandar baharu selain isu-isu alam sekitar dan keselamatan negara turut ditekankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha ini digiatkan oleh KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR manakala badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha pembangunan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>RMK-4 (1981-1985)<\/strong> mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di bawah RMK-4, HICOM telah ditubuhkan untuk melaksanakan projek-projek seperti;<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" type=\"1\"><li>Kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sdn Bhd<\/li><li>Kilang Pengeluaran besi berongga dan keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu<\/li><li>Pembuatan kereta nasional iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd<\/li><\/ol>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-4-1-56-2021.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-15163\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-4-1-56-2021.jpg 640w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-4-1-56-2021-600x338.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-4-1-56-2021-300x169.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-4-1-56-2021-150x84.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption>Pembuatan kereta nasional iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd semasa RMK-4<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>RMK-5 (1986-1990)<\/strong> bermatlamat untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru dan mencapai pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Strategi RMK-5 ialah melalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan dalam pelesenan, hak milik syarikat dan aktiviti ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara syarat yang telah dilonggarkan ialah, penggunaan tanah; penanaman padi secara ladang; dan penggunaan tanah lombong untuk pertanian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>RMK-6 (1991-1995)<\/strong> bermatlamat untuk mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara serta mengurus kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan tercapai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara strateginya ialah;<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" type=\"1\"><li>Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dan menggalakkan sektor swasta memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi<\/li><li>Memperteguh kedudukan hasil Kerajaan Persekutuan dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif<\/li><li>Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki pelaburan<\/li><li>Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih<\/li><\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>RMK-7 (1996-2000)<\/strong> lebih tertumpu kepada kemajuan sosioekonomi dengan memberi penekanan semula kepada konsep pembangunan seimbang serta memperkenalkan strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh produktiviti.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-15164\" width=\"612\" height=\"459\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021.webp 638w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021-600x450.webp 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021-300x225.webp 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021-150x113.webp 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021-559x420.webp 559w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021-80x60.webp 80w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2021\/11\/RO-7-5-56-2021-265x198.webp 265w\" sizes=\"auto, (max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><figcaption>Dasar Wawasan Negara (DWN) telah diperkenalkan semasa RMK-7<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara usaha yang dilakukan dalam RMK-7 (1996-2000) ialah pembasmian kemiskinan; penyusunan semua masyarakat; guna tenaga, pendidikan dan latihan; perumahan, kesihatan dan perkhidmatan sosial lain; penswastaan; dan pembangunan infrastruktur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dasar Wawasan Negara telah diperkenalkan dalam RMK-7 dengan memberi tumpuan kepada;<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" type=\"1\"><li>Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan<\/li><li>Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi<\/li><li>Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi<\/li><li>Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil seperti orang asli<\/li><\/ol>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_090fa593ab76b' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-15158\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-090fa593ab76b'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-090fa593ab76b'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='15158'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='35af88e13d'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-090fa593ab76b\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"15158\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-090fa593ab76b\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-090fa593ab76b\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-090fa593ab76b\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-090fa593ab76b\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-090fa593ab76b' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-090fa593ab76b' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelan pembangunan lima tahun Malaysia telah bermula pada tahun 1956 dan Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) (1966-1970) ialah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan membabitkan seluruh Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"author":958,"featured_media":15163,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,2576],"tags":[3724,2936,3725],"class_list":["post-15158","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-from-rakan-sarawak","category-featured","category-policy","tag-pelan","tag-projek","tag-wilayah"],"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-09-04 10:58:35","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15158","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/958"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15158"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15158\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15158"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15158"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15158"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}