{"id":16597,"date":"2022-04-25T14:09:00","date_gmt":"2022-04-25T06:09:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=16597"},"modified":"2022-04-22T15:03:05","modified_gmt":"2022-04-22T07:03:05","slug":"ambil-kira-aspek-keselamatan-pengangkutan-air","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=16597","title":{"rendered":"Ambil Kira Aspek Keselamatan Pengangkutan Air"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Pengangkutan air merupakan mod pengangkutan yang tertua dan termurah berbanding dengan pengangkutan darat dan udara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di kebanyakan negara-negara berpendapatan rendah, pengangkutan air menjadi pilihan utama penduduk dan komuniti perniagaan dalam menjalankan urusan harian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh di Bangladesh, pengangkutan air memainkan peranan penting dalam kemajuan ekonomi negara berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, aspek keselamatan penumpang dan sistem pengangkutan air tidak dikendalikan dengan selamat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kapal atau feri yang membawa lebih muatan dan kelemahan navigasi serta kurangnya penguatkuasaan undang-undang trafik merupakan antara punca utama kemalangan perairan kerap berlaku di negara tersebut sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda yang ketara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam tempoh lebih empat dekad lalu, tidak kurang daripada 5,000 orang maut dalam lebih 600 kemalangan maritim yang direkodkan di Bangladesh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun pihak berkuasa maritim negara tersebut telah mengambil beberapa tindakan dan langkah-langkah yang perlu, namun kemalangan masih berlaku dengan kerap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemalangan di perairan boleh berlaku tidak mengira tempat dan masa tetapi dapat dielak dan dikurangkan jika langkah-langkah keselamatan sentiasa dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, aspek keselamatan yang meliputi keselamatan penumpang, keadaan bot atau kapal, peralatan kecemasan, pelayaran, keadaan trafik dan laluan perairan penting untuk diambil kira.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Sarawak, Kementerian Pengangkutan (<em>MOT<\/em>) dan entiti di bawahnya, iaitu Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) tidak pernah memandang ringan aspek keselamatan pengangkutan air.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"533\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16593\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022.jpg 800w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022-600x400.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022-300x200.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022-768x512.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022-150x100.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022-696x464.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-1-1-75-2022-630x420.jpg 630w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption>Perkhidmatan bot ekspres di Kapit yang pernah menjadi nadi pengangkutan utama penduduk di bahagian berkenaan<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini dikatakan demikian kerana mod pengangkutan air begitu penting kepada masyarakat Sarawak, terutama di kawasan-kawasan luar bandar yang sukar dihubungi melalui jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bentuk muka bumi Sarawak yang memiliki banyak sungai dan anak sungai juga menjadi faktor pengangkutan air masih relevan dan menjadi laluan perhubungan pilihan, malah juga merupakan satu-satunya laluan perhubungan bagi masyarakat di sesetengah kawasan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"533\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16594\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022.jpg 800w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022-600x400.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022-300x200.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022-768x512.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022-150x100.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022-696x464.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-2-1-75-2022-630x420.jpg 630w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption>Pengendali pengangkutan air perlu lebih peka terhadap aspek keselamatan di perairan<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setakat ini, sebanyak 35 sungai di Sarawak telah diwartakan berdasarkan kepentingan sungai-sungai tersebut kepada masyarakat dan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara langkah keselamatan yang sering diambil pihak berkuasa termasuklah mempergiat rondaan sungai harian, mengadakan sekatan di lokasi-lokasi strategik, memasang papan tanda keselamatan di tebingan sebelum tanjung atau simpang serta penekanan terhadap pemakaian jaket keselamatan apabila menaiki bot terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program kesedaran seperti \u2018Kempen Keselamatan Pengangkutan Sungai\u2019 dilancarkan oleh LSS hampir setiap tahun, terutama semasa musim perayaan bagi mengingatkan masyarakat betapa pentingnya keselamatan ketika menaiki bot ekspres.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"533\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16595\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022.jpg 800w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022-600x400.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022-300x200.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022-768x512.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022-150x100.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022-696x464.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-3-1-75-2022-630x420.jpg 630w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption>Pihak berkuasa seperti Lembaga Sungai-sungai Sarawak sentiasa mengingatkan pengendali dan penumpang supaya mematuhi aspek keselamatan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan air <\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kempen tersebut juga bertujuan untuk mengingatkan pengusaha-pengusaha bot ekspres supaya mematuhi setiap peraturan yang dikuatkuasakan oleh LSS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masa yang sama, LSS turut melancarkan polisi <em>\u2018no ticket, no entry\u2019<\/em> sebagai langkah memastikan pengusaha bot tidak membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi kempen turut dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemantauan dan pemeriksaan ke atas setiap bot ekspres serta bot penumpang lain sentiasa dijalankan bagi memastikan arahan keselamatan oleh pihak berkuasa dipatuhi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi perkhidmatan bot laju, LSS menetapkan had penumpang yang dibenarkan ialah seramai 12 orang sahaja. Manakala penumpang bot terbuka pula diwajibkan memakai jaket keselamatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di kebanyakan kawasan pedalaman, murid-murid sekolah dibekalkan dengan jaket keselamatan oleh pihak Jabatan Pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkhidmatan pengangkutan air seperti bot ekspres merupakan satu-satunya kaedah pengangkutan yang menghubungkan penduduk Kapit ke bahagian-bahagian lain, terutama ke Sibu sejak berpuluh tahun lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, apabila Jalan Sibu-Kanowit-Song-Kapit yang menghubungkan Sibu dan Kapit telah siap sepenuhnya dan dibuka secara rasmi pada April 2021, bilangan pengguna bot ekspres telah menurun dan turut menyebabkan penurunan trafik penumpang sungai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sungguh pun begitu, LSS tetap menjalankan tanggungjawabnya dalam hal berkaitan keselamatan sungai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada Mac lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato Henry Harry Jinep ketika menghadiri majlis penutupan program <em>\u2018Legal Engagement Programme with Sarawak Rivers Board (LSS) Enforcement Officers\u2019<\/em> di Miri mengingatkan, penurunan tersebut tidak bermakna tanggungjawab dan peranan LSS turut berkurangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, menurut beliau, LSS berhadapan dengan isu-isu baharu yang menjejaskan keselamatan pengangkutan air dalam sektor pelancongan dan pengangkutan kargo termasuk isu kebersihan sungai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain keselamatan pengangkutan air di sungai, LSS juga sentiasa memantau keselamatan aktiviti pelancongan di kawasan tasik yang menggunakan bot sebagai kemudahan pengangkutan sebagai contoh di Tasik Biru, Bau.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Langkah pemantauan keselamatan yang diambil termasuklah memastikan pengusaha menyediakan jaket keselamatan kepada pengguna serta penggunaan pontun terapung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau juga mengingatkan pegawai-pegawai penguatkuasaan LSS agar memahami tugas dalam aspek keselamatan sungai yang dipertanggungjawabkan di bawah ordinan berkaitan yang diperuntukkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aspek keselamatan pengangkutan air sewajarnya diambil perhatian oleh semua pihak termasuk pengendali dan penumpang selain pihak berkuasa seperti LSS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengendali bot dan penumpang perlu lebih peka dan sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan pelayaran ketika menggunakan pengangkutan air.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masa yang sama, kesedaran massa harus diwujudkan dalam kalangan masyarakat seperti cara-cara menggunakan peralatan kecemasan pengangkutan air dan kaedah menyelamat apabila berlaku kecemasan di perairan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"800\" height=\"320\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-4-1-75-2022.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16596\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-4-1-75-2022.jpg 800w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-4-1-75-2022-600x240.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-4-1-75-2022-300x120.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-4-1-75-2022-768x307.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-4-1-75-2022-150x60.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2022\/04\/RO-3-4-1-75-2022-696x278.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 800px) 100vw, 800px\" \/><figcaption>Kampung Salak yang terletak di kawasan pinggir bandar di Kuching merupakan salah satu kawasan penempatan yang hanya dapat dihubungi melalui pengangkutan air<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Info Tambahan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di bawah Seksyen 5 Ordinan Sungai Sarawak, 1993 dan Ordinan Sungai Sarawak (Pindaan), 1997, antara fungsi dan peranan SRB berkaitan keselamatan sungai termasuklah: &#8211;<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Merancang dan membuat cadangan kepada Kerajaan bagi pembangunan dan penambahbaikan sistem pengangkutan sungai sepenuhnya di dalam Negeri<\/li><li>Mengawal lalu lintas air di pelabuhan atau di sungai dan di pinggir laut dalam sempadan Sarawak<\/li><li>Meneliti, mengkaji dan menentukan kegunaan dan kebolehpraktikan untuk meningkatkan kebolehlayaran semua sungai daripada serpihan dan sampah dari kilang yang beroperasi di sepanjang sungai<\/li><li>Menyediakan pelampung, tambatan dan lampu termasuk bantuan lain untuk navigasi bagi tujuan kawal selia dan keselamatan lalu lintas sungai<\/li><li>Menyediakan kemudahan seperti dermaga, jeti atau terminal pendaratan penumpang dan penyelenggaraannya<\/li><li>Untuk mengelak halangan mana-mana sungai atau aliran air<\/li><li>Untuk membuat cadangan keselamatan kapal yang berlayar di sungai dan mengelakkan perlanggaran<\/li><li>Mengendali dan menyelenggara baraj atau <em>shiplock<\/em> dan mengawal kapal yang melalui baraj atau <em>shiplock<\/em><\/li><li>Mengurus dan menyelenggara mana-mana dermaga, jeti atau terminal pendaratan penumpang, bagi pihak Kerajaan, atau mana-mana orang lain, pertubuhan badan atau pihak berkuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang dipersetujui antara Lembaga dan pemilik dermaga, jeti atau terminal pendaratan penumpang<\/li><\/ul>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_06f903ec683a3' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-16597\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-06f903ec683a3'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-06f903ec683a3'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='16597'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='35a337aadb'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-06f903ec683a3\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"16597\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-06f903ec683a3\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-06f903ec683a3\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-06f903ec683a3\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-06f903ec683a3\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-06f903ec683a3' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-06f903ec683a3' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mod pengangkutan air begitu penting kepada masyarakat Sarawak, terutama di kawasan-kawasan luar bandar yang sukar dihubungi melalui jalan raya.<br \/>\nBentuk muka bumi Sarawak yang memiliki banyak sungai dan anak sungai juga menjadi faktor pengangkutan air masih relevan dan menjadi laluan perhubungan pilihan, malah juga merupakan satu-satunya laluan perhubungan bagi masyarakat di sesetengah kawasan.<\/p>\n","protected":false},"author":954,"featured_media":16593,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,27,46],"tags":[3906,3588,3149],"class_list":["post-16597","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-from-rakan-sarawak","category-featured","category-rakan-lensa","category-rencana","tag-baraj","tag-jeti","tag-sungai-2"],"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-09-06 07:48:19","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16597","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/954"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=16597"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16597\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16598,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/16597\/revisions\/16598"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/16593"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=16597"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=16597"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=16597"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}