{"id":28748,"date":"2026-02-05T01:01:00","date_gmt":"2026-02-04T17:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=28748"},"modified":"2026-02-05T07:41:01","modified_gmt":"2026-02-04T23:41:01","slug":"sokong-pembaharuan-kecekapan-penyampaian-perkhidmatan-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=28748","title":{"rendered":"Sokong Pembaharuan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) diletakkan sebagai keutamaan dengan memperkasa Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), iaitu sebuah pasukan yang menerajui agenda ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peranan utama STAR adalah memacu transformasi pentadbiran awam dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan proses kerja dan penghapusan kerenah birokrasi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan itu, sebanyak RM25 juta diperuntukkan kepada STAR untuk mempergiat usaha pendigitalan menyeluruh termasuklah mempercepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28747\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-300x300.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-150x150.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-768x768.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-420x420.jpg 420w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-696x696.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-1068x1068.jpg 1068w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-600x600.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026-100x100.jpg 100w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-inf-3-1-199-991-2026.jpg 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara dasarnya, pelaksanaan ARPA digerakkan melalui lima (5) objektif utama:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Memperkukuh budaya integriti dan penghayatan nilai murni dalam perkhidmatan awam bagi memastikan amalan tadbir urus yang telus, berakauntabiliti dan berteraskan etika profesional dapat dilaksanakan secara konsisten.<\/li>\n\n\n\n<li>Membangunkan modal insan yang kompeten, berdaya saing dan berpandangan strategik selaras dengan keperluan perkhidmatan awam yang dinamik dan menuntut kebolehsuaian terhadap perubahan persekitaran semasa serta cabaran masa hadapan.<\/li>\n\n\n\n<li>Menstruktur semula organisasi perkhidmatan awam ke arah yang lebih cekap, responsif dan berdaya tahan melalui penambahbaikan struktur pentadbiran dan proses kerja yang menyokong pelaksanaan dan dasar secara efektif dan efisien.<\/li>\n\n\n\n<li>Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan berasaskan keperluan rakyat dengan memberi penekanan kepada perkhidmatan yang mesra pengguna, berorientasikan digital dan berimpak tinggi terhadap kesejahteraan rakyat.<\/li>\n\n\n\n<li>Mengukuhkan kerjasama strategik antara sektor awam, swasta dan komuniti dalam usaha membina ekosistem pembangunan negara yang inklusif, kolaboratif dan mampan.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui pendekatan bersepadu yang menjunjung prinsip <em>Whole-of-Government<\/em> <em>(WoG)<\/em> dan <em>Whole-of-Nation (WoN)<\/em> yang diterapkan dengan nilai integriti, inovasi dan kolaborasi, ARPA menggerakkan transformasi sistem penyampaian yang bukan sekadar efisien, malah benar-benar memberi makna dalam kehidupan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasilnya, sebanyak 1,000 projek\/program berjaya diselaraskan dan yang paling signifikan adalah penjimatan kos pematuhan dapat dicapai sehingga RM1.1 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih membanggakan, keberhasilan tersebut telah meletakkan Malaysia melonjak ke kedudukan ke-23, menaik 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia pada tahun 2025.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini membuktikan langkah pembaharuan tadbir urus pelaksanaan projek dan program dalam perkhidmatan awam ternyata membuahkan hasil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kejayaan ini juga memberi keyakinan bahawa Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad dan iltizam seluruh jentera kerajaan yang diperkukuhkan lagi menerusi sinergi erat di antara sektor awam dengan sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, Pelan Induk Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) 2030 turut disokong dalam belanjawan bagi mempercepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut laman sesawang rasmi Jabatan Perdana Menteri, faktor yang menyumbang kepada peningkatan daya saing negara adalah prestasi ekonomi yang menyeluruh serta kecekapan kerajaan yang mantap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Faktor-faktor lain yang turut menyumbang termasuklah aktiviti perniagaan yang lebih cekap, pasaran buruh lebih tangkas dan kemajuan teknologi yang mula menampakkan impak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Belanjawan 2026 turut mencerminkan tekad dalam menyokong peralihan penyampaian perkhidmatan kerajaan ke arah Kerajaan Digital atau apa yang disebut sebagai GovTech <em>(Government Technology).<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini bermakna, sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan akan digitalkan secara menyeluruh bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsep GovTech merujuk pendekatan WoG yang bertujuan melaksanakan pendigitalan sektor awam secara sistematik, cekap dan bersepadu dengan memanfaatkan data dan teknologi digital secara optimum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan ini menekankan integrasi teknologi digital dalam keseluruhan operasi pentadbiran kerajaan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa yang sama, pendigitalan dapat merapatkan jurang di antara kerajaan dengan rakyat selain memenuhi keperluan rakyat dan pihak berkepentingan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fokus utama pendekatan ini tertumpu pada pengembangan pelaksanaan MyDigital ID serta pemerkasaan kepakaran dalaman, iaitu Unit GovTech Malaysia yang berperanan membangunkan aplikasi digital kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MyDigital ID akan diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan dengan sasaran peningkatan lebih 15 juta pengguna menjelang tahun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan isu keselamatan identiti digital yang selamat dan dipercayai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengguna tidak perlu risau tentang keselamatan data peribadi kerana pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan tanpa menyimpan sebarang data peribadi dan pada masa yang sama menggantikan sistem MyKad.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara kelebihan yang ada pada MyDigital ID adalah pengguna hanya memerlukan satu kata laluan untuk mengakses pelbagai aplikasi dan portal dalam talian kerajaan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Aplikasi identiti tunggal seumpama ini telah pun dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang dinamakan SarawakPass.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SarawakPass adalah evolusi daripada SarawakID yang diperkenalkan sejak 2018 dalam usaha Kerajaan Sarawak memperkukuh kecekapan dan integrasi dalam tadbir urus digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi memperkasa Unit GovTech Malaysia, sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi membangunkan lebih banyak aplikasi digital kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, Kiosk MADANI akan diperluas di seluruh negara secara berperingkat sebagai satu lagi usaha penting dalam memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan secara terus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelaksanaannya membolehkan rakyat mengakses perkhidmatan dalam talian kerajaan di luar waktu pejabat merangkumi perkhidmatan semakan dan pembayaran saman, cetakan dokumen rasmi, bayaran cukai dan pelbagai urusan agensi kerajaan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inisiatif ini turut diperkukuh melalui kerjasama strategik dengan rakan-rakan korporat kerajaan sejajar dengan Teras Keberhasilan Keempat ARPA.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai kesinambungan inisiatif transformasi perkhidmatan awam, penambahbaikan perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) secara berfasa akan dilaksanakan di seluruh negara di bawah peruntukan RM45 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peruntukan tersebut juga akan dibelanjakan untuk menambah baik perkhidmatan Hab Bantuan Tunai, Hab Kerjaya Awam dan Kios Sentuhan MADANI.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara keseluruhannya, Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen fiskal, tetapi juga menyokong dasar pembaharuan sektor perkhidmatan awam negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Langkah pendigitalan menyeluruh perkhidmatan sektor awam memperlihatkan kesungguhan dalam memudahkan urusan rakyat dan memperkukuh integrasi di antara rakyat dengan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha ini bukan saja membolehkan rakyat menikmati penyampaian perkhidmatan awam yang mudah diakses dan telus malah lebih daripada itu menguatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih penting, pembaharuan inklusif terhadap kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan berupaya meningkatkan daya saing negara di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rujukan:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li><a href=\"https:\/\/belanjawan.mof.gov.my\/pdf\/belanjawan2026\/ucapan\/ub26.pdf\">https:\/\/belanjawan.mof.gov.my\/pdf\/belanjawan2026\/ucapan\/ub26.pdf<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/www.pacu.gov.my\/agenda-reformasi-perkhidmatan-awam\/\">https:\/\/www.pacu.gov.my\/agenda-reformasi-perkhidmatan-awam\/<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/www.pacu.gov.my\/pengenalan-star-24\/#:~:text=Peranan%20utama%20STAR%20adalah%20untuk,kerja%20dan%20penghapusan%20kerenah%20birokrasi\">https:\/\/www.pacu.gov.my\/pengenalan-star-24\/#:~:text=Peranan%20utama%20STAR%20adalah%20untuk,kerja%20dan%20penghapusan%20kerenah%20birokrasi<\/a>.<\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/dewanmasyarakat.jendeladbp.my\/2026\/01\/15\/34672\/?_gl=1*dcglg0*_ga*MTA5MTI1ODQyNi4xNzUwMDU2NDU5*_ga_5TE4Z3DN2W*czE3Njk1NTgwNzMkbzc5JGcxJHQxNzY5NTU4MTEzJGoyMCRsMCRoMA..*_ga_RBRV0N7ECD*czE3Njk1NTgwNzMkbzEkZzEkdDE3Njk1NTgxMTMkajIwJGwwJGgw&amp;_ga=2.95897244.180609286.1769558074-1091258426.1750056459\">https:\/\/dewanmasyarakat.jendeladbp.my\/2026\/01\/15\/34672\/?_gl=1*dcglg0*_ga*MTA5MTI1ODQyNi4xNzUwMDU2NDU5*_ga_5TE4Z3DN2W*czE3Njk1NTgwNzMkbzc5JGcxJHQxNzY5NTU4MTEzJGoyMCRsMCRoMA..*_ga_RBRV0N7ECD*czE3Njk1NTgwNzMkbzEkZzEkdDE3Njk1NTgxMTMkajIwJGwwJGgw&amp;_ga=2.95897244.180609286.1769558074-1091258426.1750056459<\/a><\/li>\n\n\n\n<li><a href=\"https:\/\/www.jdn.gov.my\/govtech-kerangka-whole-of-government-wog\/\">https:\/\/www.jdn.gov.my\/govtech-kerangka-whole-of-government-wog\/<\/a><\/li>\n<\/ol>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_357ea6690b60a' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-28748\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-357ea6690b60a'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-357ea6690b60a'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='28748'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='291ca6c45c'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-357ea6690b60a\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"28748\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-357ea6690b60a\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-357ea6690b60a\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-357ea6690b60a\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-357ea6690b60a\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-357ea6690b60a' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-357ea6690b60a' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam landskap sosioekonomi global hari ini yang semakin mencabar, permintaan dan ekspektasi rakyat terhadap kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan juga semakin meninggi.<br \/>\nMenyedari kepentingan ini, Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen berterusan dalam peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui penambahbaikan sistem sedia ada serta pelaksanaan inisiatif baharu.<\/p>\n","protected":false},"author":954,"featured_media":28746,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,4181,46],"tags":[5708,1653,1691],"class_list":["post-28748","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","category-from-rakan-sarawak","category-featured","category-governance","category-rencana","tag-belanjawan-2026","tag-penyampaian-perkhidmatan","tag-perkhidmatan-awam"],"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-08-05 22:08:35","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/28748","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/954"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=28748"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/28748\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28750,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/28748\/revisions\/28750"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/28746"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=28748"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=28748"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=28748"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}