{"id":28868,"date":"2026-02-26T14:21:00","date_gmt":"2026-02-26T06:21:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/?p=28868"},"modified":"2026-02-26T08:05:21","modified_gmt":"2026-02-26T00:05:21","slug":"meningkatkan-kesedaran-mengubah-stigma-terhadap-kesihatan-mental","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/?p=28868","title":{"rendered":"Meningkatkan Kesedaran, Mengubah Stigma Terhadap Kesihatan Mental"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap\">Tekanan kerja, kehilangan pekerjaan, masalah hubungan, perceraian, masalah kewangan dan pemergian orang tersayang adalah antara faktor yang boleh menjejaskan kesihatan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak ditangani dengan baik, masalah-masalah ini boleh menyebabkan kemurungan, stres dan kebimbangan melampau hingga hilang pertimbangan bahkan timbul keinginan untuk melakukan perkara yang luar dari kewarasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 melaporkan kira-kira setengah juta atau 2.3 peratus orang dewasa di Malaysia menghadapi masalah kemurungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih membimbangkan, 424,000 kanak-kanak dan remaja berumur antara lima hingga 15 tahun turut menghadapi masalah kesihatan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Peningkatan kes berkaitan kesihatan mental menjadikan penyakit ini menjadi penyakit kedua terbesar dalam kalangan rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini wajar ditangani kerana masalah kemurungan bukan hanya melibatkan perubahan emosi dan tingkah laku, tetapi juga boleh menyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti kanser dan diabetes.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyakit mental bukan sahaja memberi kesan buruk kepada penghidapnya, malah juga memberi kesan kepada produktiviti ekonomi dan kesejahteraan sosial negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih memburukkan keadaan adalah stigma masyarakat yang melekat terhadap individu yang mengalami masalah kesihatan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi ini menyebabkan pesakit mental cenderung untuk mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka merasakan tiada sesiapa pun yang ambil peduli masalah yang mereka hadapi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kecenderungan sedemikian boleh menimbulkan rasa diri tidak berguna dan tidak dihargai sehinggalah mendorong perilaku luar kawalan yang lebih serius seperti mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyedari hal ini, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS) Cawangan Miri telah bersama-sama menjayakan Bengkel Kesihatan Mental <em>RAKAN Sarawak Destiny Movers: HOPE (Healing, Outreach, Prevention, Empowerment)<\/em> di Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 14 Februari 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif <em>RAKAN Sarawak Destiny Movers (RSDM) <\/em>yang lebih luas, iaitu satu siri aktiviti penglibatan komuniti yang dilaksanakan oleh syarikat Faradale Media-M yang memanfaatkan kuasa penceritaan untuk menyatukan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua sesi ceramah telah disampaikan oleh ahli-ahli MHAS Miri. Ceramah pertama bertajuk \u2018<em>Suicide Prevention: Scaling Hope\u2019<\/em> disampaikan oleh pakar psikiatri dari Hospital Miri yang juga Penyelidik Pencegahan Bunuh Diri dan Pegawai Perhubungan Awam dan Pendidikan MHAS Miri, Dr. Ravivarma Rao Panirselvam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ceramah beliau membicarakan tentang kepentingan meningkatkan kesedaran dan pencegahan bunuh diri dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara inti pati perkongsian beliau adalah menyentuh tentang stigma, mitos dan tanda amaran awal kecenderungan membunuh diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Ravivarma memberi tumpuan kepada usaha intervensi berasaskan komuniti dan pelaporan yang bertanggungjawab dalam mencegah tindakan bunuh diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, beliau juga menekankan bahawa individu perlu dilengkapi dengan pengetahuan untuk mengenal pasti dan bertindak balas terhadap faktor risiko lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Ceramah kedua disampaikan oleh salah seorang ahli sukarelawan MHAS Miri, iaitu Puan Nooridaly Irwanna binti Embong.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian beliau yang menyentuh hati bertajuk \u2018Jadilah Sahabat Yang Tetap Ada\u2019 adalah berdasarkan pengalaman hidup beliau sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Puan Nooridaly membicarakan bagaimana memahami individu yang sedang berjuang dengan sendirinya, mengenal pasti tanda-tanda amaran serta menawarkan sokongan rakan sebaya yang sesuai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi ceramah beliau juga menekankan perbincangan yang kuat tentang kehadiran yang konsisten sebagai seorang sahabat yang mempunyai kenalan yang bergelut dengan masalah mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam situasi ini, seseorang individu perlu menyatakan kesudian untuk mendengar tanpa menghakimi serta menunjukkan belas kasihan kerana tindak balas sedemikian boleh membawa perubahan yang mampu menyelamatkan nyawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Puan Nooridaly menegaskan, mereka yang bergelut dengan kesihatan mental sebenarnya mahu didengari, difahami dan tidak mahu dibebani dengan kecelaruan fikiran yang mendorong mereka melakukan tindakan yang boleh menyakiti diri sendiri.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/www.rakansarawak.com\/v3\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28867\" srcset=\"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-300x200.jpg 300w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-768x512.jpg 768w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-630x420.jpg 630w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-150x100.jpg 150w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-696x464.jpg 696w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026-600x400.jpg 600w, https:\/\/www2.rakansarawak.com\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/RO-3-2-200-2026.jpg 1600w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Puan Nooridaly sedang berinteraksi dengan salah seorang peserta bengkel<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n<p>Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MHAS secara sukarela bergerak aktif di seluruh Sarawak dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>MHAS ditubuhkan dengan objektif menggalakkan penjagaan kesihatan mental yang baik melalui pendidikan, sokongan dan khidmat masyarakat kepada mereka yang terjejas oleh masalah kesihatan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Khidmat masyarakat yang ditawarkan memberi perhatian kepada pesakit dan penjaga. MHAS juga bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, pihak swasta dan organisasi-organisasi lain yang berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Matlamat utama MHAS adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit yang berkait dengan kesihatan mental dan memastikan semua orang mendapat bantuan yang sewajarnya.<\/p>\n<div style='text-align:center' class='yasr-auto-insert-visitor'><!--Yasr Visitor Votes Shortcode--><div id='yasr_visitor_votes_5ba60f0d6341a' class='yasr-visitor-votes'><div class=\"yasr-custom-text-vv-before yasr-custom-text-vv-before-28868\">Click to rate this post!<\/div><div id='yasr-vv-second-row-container-5ba60f0d6341a'\r\n                                        class='yasr-vv-second-row-container'><div id='yasr-visitor-votes-rater-5ba60f0d6341a'\r\n                                      class='yasr-rater-stars-vv'\r\n                                      data-rater-postid='28868'\r\n                                      data-rating='0'\r\n                                      data-rater-starsize='16'\r\n                                      data-rater-readonly='true'\r\n                                      data-rater-nonce='200b55a3ba'\r\n                                      data-issingular='false'\r\n                                    ><\/div><div class=\"yasr-vv-stats-text-container\" id=\"yasr-vv-stats-text-container-5ba60f0d6341a\"><svg xmlns=\"https:\/\/www.w3.org\/2000\/svg\" width=\"20\" height=\"20\"\r\n                                   class=\"yasr-dashicons-visitor-stats\"\r\n                                   data-postid=\"28868\"\r\n                                   id=\"yasr-stats-dashicon-5ba60f0d6341a\">\r\n                                   <path d=\"M18 18v-16h-4v16h4zM12 18v-11h-4v11h4zM6 18v-8h-4v8h4z\"><\/path>\r\n                               <\/svg><span id=\"yasr-vv-text-container-5ba60f0d6341a\" class=\"yasr-vv-text-container\">[Total: <span id=\"yasr-vv-votes-number-container-5ba60f0d6341a\">0<\/span>  Average: <span id=\"yasr-vv-average-container-5ba60f0d6341a\">0<\/span>]<\/span><\/div><div id='yasr-vv-loader-5ba60f0d6341a' class='yasr-vv-container-loader'><\/div><\/div><div id='yasr-vv-bottom-container-5ba60f0d6341a' class='yasr-vv-bottom-container'><div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div><\/div><\/div><!--End Yasr Visitor Votes Shortcode--><\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu kesihatan mental semakin mendapat perhatian umum kerana isu ini adalah hal yang serius dan membimbangkan. <\/p>\n","protected":false},"author":954,"featured_media":28866,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"yasr_overall_rating":0,"yasr_post_is_review":"","yasr_auto_insert_disabled":"","yasr_review_type":"","footnotes":""},"categories":[23,2,30,4177,70,46,47],"tags":[4014,1085,3578],"class_list":{"0":"post-28868","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-from-rakan-sarawak","8":"category-featured","9":"category-komuniti","10":"category-local","11":"category-miri","12":"category-rencana","13":"category-sarawak","14":"tag-kerja","15":"tag-kesihatan","16":"tag-mental"},"acf":[],"yasr_visitor_votes":{"stars_attributes":{"read_only":true,"span_bottom":"<div class='yasr-small-block-bold'><span class='yasr-visitor-votes-must-sign-in'>You must sign in to vote<\/span><\/div>"},"number_of_votes":0,"sum_votes":0},"publishpress_future_action":{"enabled":false,"date":"2026-05-22 05:10:39","action":"change-status","newStatus":"draft","terms":[],"taxonomy":"category","extraData":[]},"publishpress_future_workflow_manual_trigger":{"enabledWorkflows":[]},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/28868","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/954"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=28868"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/28868\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28869,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/28868\/revisions\/28869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/28866"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=28868"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=28868"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www2.rakansarawak.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=28868"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}