spot_img

Tag: Elektrik

Sarawak – Kuasa Tenaga Boleh diperbaharui dan Bateri ASEAN

Sarawak beraspirasi menjadi kuasa besar tenaga boleh diperbaharui dan “Battery of ASEAN” melalui pembangunan tenaga hidro berskala besar, integrasi digital, serta interkoneksi serantau. Dengan sasaran 10GW menjelang 2030, sekurang-kurangnya 60% daripada campuran tenaga akan datang daripada sumber boleh diperbaharui. Projek seperti Baleh HEP, skim Net Energy Metering memperkukuh transformasi tenaga Sarawak Sarawak juga telah mengeksport tenaga ke Kalimantan Barat dan Sabah, serta mendapat kelulusan untuk eksport ke Singapura. Aspirasi ini bukan sahaja menjamin keselamatan tenaga, tetapi juga menyokong usaha dekarbonisasi ASEAN dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam grid tenaga serantau.

Landasan Utiliti yang Kukuh untuk Kemakmuran Rakyat

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lalu (November-Disember 2025), ucapan penggulungan oleh YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, bukan sekadar laporan tahunan. Ia merupakan satu pernyataan komitmen yang jelas mengenai hasrat Sarawak untuk membangunkan infrastruktur utiliti yang mampan, inovatif dan inklusif sebagai tulang belakang kemajuan negeri.

Penubuhan SEA-DF Langkah Signifikan Untuk Sarawak Menerajui Industri Tenaga Bersih

Penubuhan pusat berkenaan juga adalah satu langkah tepat dalam memastikan kecekapan operasi projek hidrogen di seluruh Sarawak dan pada masa yang sama bersedia untuk mencipta ekosistem yang betul sambil menyetempatkan rantaian bekalan untuk memacu inovasi dan kecekapan dalam penyampaian penyelesaian hidrogen.

Pembangunan Fizikal Daerah Saratok Dijangka Semakin Rancak

Pihak Pejabat Daerah Saratok menjangkakan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun akan datang, lebih banyak projek pembangunan fizikal yang akan meningkatkan ekonomi Saratok dan menyasarkan pencapaian 100% liputan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Meter Pintar Tingkat Perkhidmatan Pelanggan Dan Kecekapan Operasi

Projek Meter Pintar Sarawak Energy adalah sebahagian daripada inisiatif grid pintar untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan kecekapan operasi di mana ia adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Sarawak.

Klinik Luar Bandar Pertama Menggunakan Sumber Tenaga Hibrid

Projek rintis di Long Loyang merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MOUT).

Worldwide News, Local News in London, Tips & Tricks

spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]