spot_img

Tag: Ekonomi

Jambatan Batang Igan Buka Ruang Baharu Transformasi Wilayah Tengah Sarawak

Jambatan Batang Igan merupakan projek yang melangkaui fungsi infrastruktur semata-mata. Pembukaannya pada 15 Mac 2026 dijangka membawa transformasi besar kepada kawasan pesisir Igan, Matu, dan Daro. Selain memendekkan perjalanan kepada hanya 10 minit serta meningkatkan aspek keselamatan, ia turut membuka peluang baharu dalam sektor logistik, pelancongan, dan perkhidmatan, serta memperkukuh akses kepada kesihatan, pendidikan, dan pasaran hasil pertanian

Dasar Ekonomi Jelas, Berwawasan Perkukuh Kewangan Sarawak

Sarawak terus mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan apabila hasil pendapatan negeri untuk tahun 2025 mencecah RM13.5 bilion selepas penutupan akaun kewangan berakhir pada Disember lepas. Dokumen Belanjawan Sarawak 2026 yang dibentangkan ketika Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Sarawak Ke-19 melaporkan pendapatan hasil negeri setakat Oktober 2025 mencecah RM10.3 bilion atau 73 peratus daripada sasaran unjuran semula RM12.1 bilion.

STEM: Enjin Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Ekonomi

Dalam era globalisasi, pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) menjadi satu tonggak utama bagi negara-negara yang mengejar ekonomi berasaskan pengetahuan, inovasi dan teknologi tinggi. Trend antarabangsa menunjukkan bahawa kemahiran berasaskan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) bukan saja membuka peluang kerjaya yang luas tetapi juga menjadi asas kepada persaingan dalam teknologi masa depan seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, data sains dan tenaga bersih. Menurut laporan antarabangsa, tenaga kerja dalam sektor STEM dijangka terus berkembang pesat dalam dekad akan datang, dengan pertumbuhan pekerjaan lebih tinggi berbanding sektor bukan-STEM dan gaji median yang lebih kompetitif.

Kesejahteraan Rakyat Terjamin Dalam Tekad Belanjawan 2026

Tekad Belanjawan 2026 yang menyasarkan penurunan defisit fiskal sekitar 3.5 peratus pada tahun 2026, seterusnya di bawah 3 peratus menjelang tahun 2030 selari dengan aspirasi Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi.

Manfaat RMKe-13 Merentasi Pelbagai Aspek Sosioekonomi

Secara keseluruhannya, tempoh pelaksanaan RMKe-13 bakal menyaksikan pembaharuan agenda pembangunan negara yang berdaya tahan, meliputi pelbagai aspek sosioekonomi serta bersedia menghadapi cabaran mendatang.

Cabaran Integrasi Serantau Peluang Pertumbuhan Ekonomi

RMKe-13 memperkenalkan penyelesaian strategik bagi meningkatkan integrasi serantau, menarik pelaburan berkualiti dan memperkukuh kerjasama sempadan, sekali gus memposisikan Malaysia sebagai ekonomi berdaya saing tinggi dan peneraju pertumbuhan Asia Tenggara menjelang 2030.

Worldwide News, Local News in London, Tips & Tricks

spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]