Cadangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk menjadikan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) sebagai pensijilan tunggal Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET) akan menjadi wadah baharu dalam memperkasakan pendidikan TVET di negara ini.
Matlamat asal penubuhan Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) adalah untuk bertindak sebagai badan pemikir, perancang dan pelaksana pelbagai bentuk inisiatif Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK).
Program Upskilling for Deeptech and Future Skills merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Majlis Pekerjaan Negara (MPN) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia semasa pasca-pandemik Covid-19. Program ini berbentuk insentif kewangan yang diberikan kepada pekerja dan majikan yang terlibat bagi pewujudan pekerjaan dan peningkatan kemahiran dalam bidang deeptech dan futureskills.
Bidang pendidikan amat penting dalam melahirkan generasi baharu seimbang, bukan sahaja rohani tetapi juga jasmani selain mempunyai daya pemikiran yang kreatif, kritis dan berdaya saing seperti mana matlamat Dasar Pendidikan Negara.
Yayasan Sarawak turut memenuhi keperluan Kerajaan Sarawak dalam Pendidikan Sekolah Antarabangsa melalui pelaksanaan dan perancangan pembinaan lima (5) buah Sekolah Antarabangsa.